Tabung Amin N Azim (Klik HeartBeat Amin N Azim Ye)

Monday, November 22, 2010

Petua Untuk Menidurkan ANAK......


Kanak-kanak yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk. Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur.

Pastikan Anak Memperoleh Tidur Yang Mencukupi
Setiap bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur pada setiap hari. Kanak-kanak pula memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari manakala pelajar pra-sekolah memerlukan 11 hingga 13 jam sehari bagi membolehkan tubuh mereka berfungsi dengan baik.

Tidurkan Waktu Dia Mengantuk
Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20 hingga 30 minit.

 Cahaya Mentari Sebagai Loceng
Cahaya mentari memainkan peranan yang penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda natural bahawa hari sudah siang.

 Persekitaran Tidur Selesa
Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur di atas tilam yang selesa dan memakai baju tidur yang tidak menganggunya sepanjang waktu tidur.

Persekitaran Yang Selamat
Periksa bilik tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga menganggu keselesaan untuk tidur.

Ajar Anak Cara Tidurkan Dirinya
Teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.


by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

No comments: