Tabung Amin N Azim (Klik HeartBeat Amin N Azim Ye)

Saturday, October 30, 2010

"Cutest Baby Contest" Bersama Sinar Raudhah

 



Nama Anak : Amin Irfan B Mokhtar
Umur : 1 Tahun 5 Bulan
Nama Mama : Ieza

Contest Dianjur oleh Sinar Raudah
Jom Join 
Klik Sini

Runsing.......

hati mama nie tengah gundah gulana.... mama takut mama tersalah wat keputusan... mama takut over budget... walaupun nie adalah satu keperluan untuk jangka masa panjang.. tapi mama masih tak dapat berfikiran positif.. macam mana nie..

papa bagi hak kat mama untuk wat keputusan.. mmg papa kata dia dah bersedia.. walau apa pun terjadi dia akan usaha kan jg utk family nie.. tapi bukan mama tak percaya pada papa tapi sedikit berhati2...

semalam mama duk berfikir tapi nape masih juga tak dapat kata hati nie.. pelik sungguh rasa nye..

Friday, October 29, 2010

Hukum Isteri Meleteri Suami

Assalamualaikum
Hukum Isteri Meleteri Suami ......
" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerjarumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakansama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnyabuatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makannanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.
Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suamisendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebihlagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai keranaberbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalammelaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam katalain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrahbagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani merekaseperti adik lelaki sahaja lagaknya.
Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yangmenyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suamisebagai ketinggalan zaman.
Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yangmungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnyamenjadi satu budaya yang negatif.
Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentangkewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatanmaksiat.
Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhakmenyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya akumenyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkanbetapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikansesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.
Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikrajkelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yangkebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.
Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi besertaFatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Akubertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "
Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihatkaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macamseksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang akulihat. "
MENGHERDIK
Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telahmenyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.
Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya keranatidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupaset sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.
Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suamidengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gusdilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali memintasesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuananda sehingga membebankan dirinya.
Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaanAllah.
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandangkepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "
Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pulatergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenaihartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.
Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yangbekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapijuga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satujihad.
Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagaiseorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah padasuatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawananperang sebagai pembantu rumah.
Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinyakerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadimilik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.
Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.
Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yangsedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluhkesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perludibereskannya.
Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah danmenyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepadasatu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripadaapa yang kamu minta siang hari tadi? "
Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidakmengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawahendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.
Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalananak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadikeluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.
Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumahmerupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnyawalau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akanmemenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama tarafdengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.
Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serbamencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelakkos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isterikeluar bekerja.
Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyarakeluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalahkiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya.Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baikkepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pulamenyusahkan mereka.
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yangterbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergaulikeluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "
Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-samabelajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.
Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .
SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalamRUMAHTANGGA.
TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkansemua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilahdihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.
WASSALAM.

Contest Bayi Menangis




jom tgk gambar Amin menangis....



NAMA BAYI : Amin Irfan Bin Mokhtar
NAMA IBU : Ieza
TARIKH LAHIR : 28 May 2009
 
masa nie papa tgh menyakat amin ngan topi rambut tu.. sampai sekarang amin takut kat topi tu...



Mandi Manda.......

Nie cite last week ye.. punya la lama baru mama nak cite.. apa la mama nie.. mana semangat 1 hari 1 entry nie... bkn apa skrg nie mama tgh belly bz la... kuarkan demand letter pada kedai2 yang degil nak bayar hutang nie...

ok la kembali pada tajuk... ari ahad lepas atok bawa mama,maksu amin n azim pegi mandi manda kat nasmir sungai tu... Amin kan dah lama x mandi kolam.. so maksu plan bawa amin pegi mandi kolam kat stadium tu... tapi mcm dah lewat plak.. ingat dah malas la nak pegi..

tetiba atok balik dari antar alang g naik bas.. dia kata jom la atok bw pegi kat nasmir sungai sbb dia pun nak ngeteh.. jd lelaju la mama ngan maksu siap.. nenek kena tggl sbb lambat blik dr tesco...

 maksu ngan amin aje yg mandi.. tgk la tu br mandi dah gigil2...org x biasa berendam mcm tu la

 apa la yang di sembangkan ngan maksu tu...

maksu tgh ajar berenang... manja maksu tu...

Azim pegi mana... azim tgh minum teh ngan atuk.. lupa nak snap gambar.. nampak sgt bukan bloger tegar..hehehe.



p/s: mggu nie maksu ajak pegi mandi lagi... tapi papa pesan jgn bagi mandi dah sbb takut asma.. tapi setahu mama ubat utk org asma adalah byk berenang.. tapi setakat nie amin x d la asma pun.. cm papa tu berhati2 sbb mama kan asma.. dia takut amin pun kena jg...

Thursday, October 28, 2010

~~The Way They Sleep Giveaway~~



Kali nie mama nak join contest yang di anjur oleh puan Fizah nie

Tarikh Tutup : 
30 Oktober 2010

Mari kite join ramai-ramai....

Sekarang nie la style terbaru Azim tido... Mama pusing la bagi tido betul2 tak sampai seminit tgk dah jadi balik mcm nie.. tangan mesti terkapit kat bawah perut.. takut jg kot tangan azim kebas ke.. tapi mungkin Azim selesa kot tido mcm nie..
nie gambar dar arah belakang plak...

tgk tangan Azim tu mmg mengerikan....

Friday, October 22, 2010

Melawat bakal menantu....

Lunch time tadi mama pegi melawat auntie ina... auntie ina nie mama kepada kak dayah sepengasuh ada ke ayat nie ngan Amin n Azim.. Mama ina dpat baby girl... Tarikh lahir baby Azwa nie sama ngan Azim cuma bula aje berbeza.. Pasnie Azim ngan Azwa akan jd kawan la... sebab diorg nie akan di asuh oleh mak yg sama...

Harap2 biar la diaorg nie berkawan sampai ke besar... hehehe ada2 aje mama nie tau...


Nie la bakal awek Azim nanti.. Leh ke macam tu.... hehehe...


Nie plak awek Azim ngan K.Dayah.. Amin mmg suka mengacau kak Dayah nie...


P/S : harapan seorg mama terhadap anak2 dlm pilih menantu...kuikuikui

Anak 'o' Anak.....

SABDA RASULULLAH SAW TENTANG ANAK

1. Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga.
2. Syurga adalah sebuah kampung ketenangan, tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.
3.Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan
orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah. Orang yang
menangis kepada Allah maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.
4.Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu
darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.
5.Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang-barang dan kembali ke
rumah dengan mambawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia akan
mendapat rahmat dari Allah swt dan tidak akan disiksa di akhirat kelak.
6.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak laki-laki.
Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka seolah-olah
memerdekakan anak Nabi Ismail.
7. Perintahkanlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka
apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.
8. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
9.Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil, maka orang
tua ikut menanggung setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya.
10.Barangsiapa membekalkan nanak-anaknya dengan adab dan ilmu agama, maka
orang tua akan mendapatkan pahala seperti pahal anak-anak.
11.Setelah anak perempuan berusia 16 tahun, maka nikahkanlah dia. Ketika
itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya sambil berkata " Anakku, kau
telah kudidik, kuajar dan kunikahkan. Semoga Allah melindungiku dari
bencana kerana dirimu di dunia dan akhirat".
12. Muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi taming atau penghalang untuk masuk neraka.
13.Anak-anak adalah taming neraka, makan bersama mereka akan membebaskan
kita dari neraka dan memuliakan mereka menyebabkan kita selamat ketika
menyeberangi titian shirath.

Wednesday, October 20, 2010

1st Year Give Away Qistina


Mama dah join GA Ummi Qistina

Jom la Join

KLIK SINI
TAQ
Mama Adam & Aqipi - Natt
Mama Fiqah & Irfan - Ilah


Tuesday, October 19, 2010

Tip Melembutkan Hati Anak2



Untuk amalan bagi Ibu bapa sila baca surah To Ha ayat 1 hingga 5 sebanyak 3x pada telinga anak semasa anak tidur. Lakukan 7 hari berturut-turut..Insya'Allah..anak akan lembut hati dan mendengar kata

Monday, October 18, 2010

Pesanan Buat Suami.....

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

 

Saturday, October 16, 2010

Azim 4 Months

Azim dah 4 bulan ari nie... cepat benar rasanye... rasa baru semalam melahirkan azim nie sbb sakitnye masih terasa terutama tang perut.. bila sejuk ngilunye perut nie rasa.. pada hal bersalin normal.. tp x tau nape ras ngilu mcm nie... call atuk kat johor dia kata sbb urat Czer bersalin kan Amin dl belum sembuh lg...

 nie la bdk domukkk yg wat mama ari2 geram kat dia

tgk apa peel dia skrg nie... byk tau...

  1. Azim dah blh meniarap skrg nie.. siap blh guling2 lg... smpai pernah la tersemban kat lantai sbb terlebih guling keluar dr kaw jajahan nye.. apa lagi menjerit x ingat la ini budak.. klu dah dapat meniarap tu abis kain lapik tilam tu lenjun ngan air liurnye.. 
  2. Dah blh cam org.. terutama mama la.. lagi atuk pun  Azim dah cam... cepat aje hulur tangan bila nmpk atuk lalu.. atuk tu mcm ada kuasa tarik bebeduk la..bebdk mana tgk pun berkenan kat atuk tu .. kelibat abang dia pun dia dah leh cam skrg nie.. klu amin x d aje kat sblah dia mula la mulut tu bsing.. 
  3. Mulut pun dah mengeluarkan bunyi yg kuat.. klu dpt bersembang... mmg mulut comel tu x berenti2 la mengomel bahasa german dia tu... omelan nye lg kuat klu dpt pegang kain...
  4. Menjerit pun kuat nie... klu kena tggl sorang satu taman leh dgr suara nye yg nyaring tu... bak kata maksu... pening la maksu dgr suara Azim nie.... smpi blh jd kelam kabut la klu Azim mula menjerit..
  5. Sudah mula nak minta makan bila nmpk org makan... tapi no..no..no..tggu 6 bulan ye.. klu ikut kan atuk tu skrg pun dia dah nak sumbat mkn mcm Amin dl...bl x makan isap jari2 nye smpai muntah2.. tanda protes la tu..
nie la peel Azim skrg nie... rasa mcm byk lg tapi mama lupa la... nnt ingat mama tambah lg la yekk...

Friday, October 15, 2010

Ada budak tu dah buat salah........

Ari nie pepagi ari ada budak tu dah buat salah... first time dia buat salah mcm nie.. sblm nie klu dia tgk tudung bedak tu terbuka pandai aje dia tutupnye.. tapi mgkin ari nie dia nak cuba sesuatu yg baru kot.. dia nak tgk apa yg akan terjadi klu dia tonggeng kan bedak tu... 





Padahal x byk mana pun yg dia tumpahkan.. tp terkejut punya pasal mama pun terjerit la sikit kan dia.. so keluar la muka takut dia tu.. mama nak marah lagi terus x jadi.. sbb Amin nie klu dia rasa dia salah mmg dia takut punya la.... mama dah nak tergelak masa tgk muka Amin mcm nie tp tahan dl... kang kita gelak nnt2 dia dah biasa x takut ngan kesalahan yg dia buat.. mama tahan perut tu...

dah siap2 lap mama msuk bilik air apalagi ketawa sensorang la ingat kan gelagat si Amin nie.. Amin la Amin.

Thursday, October 14, 2010

Ke mana menghilangnye............

Dah 2 ari mama x jenguk blog nie... mama ada training selama 2 ari ka HQ.. amat la bosan bila ada training nie.. asyk traning benda yg sama aje.. sampai mama blh hafal dah dialog2 nye.. tapi nak wat mcm mana.. kat sini mama aja yg ada untuk wakil setiap training yang HQ anjur kan.. amoi2 kat ofis nie la suka duk ngadap FB dr pegi traning.. biar la diaorg nak wat apa pun jgn ganggu keje mama sudah la...

Mama mmg x suka org lain duk sibuk2 ngan keje mama.. mama punya keje mama tau la bila masa nye mama nak settle kan.. selama mama kerja nie x pernah sekali pun mama lewat closing acc.. ada la masalah mcm mana pun setiap 5 hb mama mesti akan closing punya...

Dalam 2 ari nie juga mama ngan papa duk sibuk survey ahli baru untuk family kita.. semua nye adalah untuk kemudahan kita bersama.. tunggu la bila dah konfem masuk dlm family kita br la mama interfrem kan dia...

hari nie mama pun sibuk nak settle kan keje yg 2 ari terbengkalai tu.. nnt2 mama update lagi k..wat masa sekarang nie mama mampu wat satu hari satu entry aje.. nak jg mama wat lebih dari satu tapi masa x mengizin kan... x p la kita mula dari yang sikit lama2 jd bukit.. tbtl tak papa...

Monday, October 11, 2010

10.10.10

mama nak jg wat entry 10.10.10 nie.. saje utk tatapan anakda mama pd masa hdpan..

padahal x d aktiviti menarik apa pun yg di buat hari tersebut.. sekdr lepak2 kat umah stlh semggu penat bekerja.. 

cuma pagi awal pagi mama tlh oleh papa utk breakfast kat luar.. mcm suprise la sikit.. sbb nye dah lama kami x breakfast kat luar nie.. lebuh kurang hmpr 5 bln la... lama kan... klu x dulu setiap ari ahad mesti breakfast kat Restoran Sabar Menanti tu x pun kat Hollywood..jauh tu pegi breakfast  

pas breakfast kat Restoran Pelita.. masuk Tesco beli lauk... n terus balik ke umah.. x pegi memana pun..

tapi yg wat mama sedih sbb x bw Amin.. sbb Amin tido umah nenek mlm tu.. rupanye Amin lagi awal dah pegi breakfast ngan nenek n atuk.. siap ikut nenek pg pasar lg... 

memang 10.10.10 nie x aktiviti yg menarik la yg di buat.. lepak2 aje kat umah smbl layan kerenah Amin n Azim..

Saturday, October 9, 2010

Bila la company nie nak start cuti ari sabtu.....

Mama keje kat cmpny nie dah hmpr 2 thn.. setiap ari sbtu mmg hari bekerja.. sgt la bosan..sbb dpt cuti sehari aje.. tp nsb setgh ari aje..

ari nie kena plak server down.. lg la bosan x leh nak buat keje.. nsb internet x down.. klu x mama dah angkat handbeg balik umah.. x koser nak duk kat ofis nie ngan amoi2 yg suka mendengki nie..

Awal thn tua ada la dgr kata compny nie dah nak start cuti ari sabtu.. tapi nie smpai dah nak abis thn x jg mulanye.. agaknye awal thn bila dia nak mula yek..

nak BW pun x ramai yg update time cuti2 nie.. mama berFB aje la smpai kul 1 kang...

dah boring2 nie kita layan aje la gmbar bdk dumook nie....






Note : nnt mama cite pasal bdk dumook nie yekk.. bdk nie dah byk akal.... sgt geram ngan dia...

Friday, October 8, 2010

..Mengenali Personaliti Diri Sendiri...

Dr Fazilah Kamsah..

..Kita sebenarnya tidak mengenali diri sendiri..kerana itu pelbagai tanggapan yang timbul..banyak yang mengaitkan personaliti kita dengan bulan dan tarikh kelahiran kita..kita didedahkan dengan bintang VIRGO,LIBRA dan sebagainya..apakata kita teliti personaliti kita dengan melihat kajian yang dilakukan oleh Dato'Dr Fazilah Kamsah..sekadar panduan dan jangan dipercayai sepenuhnya kerana kelahiran dan personaliti kita adalah bidang kuasaNYA yang mencipta kita..kita hanya sekadar insan yang melaksanakan fitrahnya aje...

RAHSIA BULAN DAN KELAHIRAN..

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


Note : smpai bln june dl ye.. nnt smbg lg next entry...

Wednesday, October 6, 2010

Finance dah closing.. Bz wat payment plak...

Semalam dah closing bln september punya acc.. Ari nie bz wat payment P&G plak... Adusss mama dah pening nie.. asyik la duk bersin2 dr pagi td... air pun dah meleleh kot idung nie.. asal pas closing aje mama mesti jd mcm nie...


Banyak keje lg nie.. x sempat nak cite panjang..

Tuesday, October 5, 2010

Amin N Atuk@Abah

Ari nie 5hb yek... mama blh x perasan.. gaji dah masuk la.. klu perasan td pagi2 lg mama dah pg cucuk.. cucuk awl tu bkn apa sbb nak tgk gaji tggl berapa aje.. gaji mama kena potong la sbb amik cuti raya.. cuti dah abis so terpksa apply cuti tanpa gaji..

Mama nie nak cite kisah Amin ngan atuk sebenarnye.. Amin skrg panggil atuk ngan panggilan abah..Amin pggl abah sbb biasa dgr maksu pggl abah.. tu yg Amin terikut.. sikit2 aje pggl abah.. dgr moto pun abah.. semua nye abah la.. mkn hati btl papa sbb Amin asyik sbt abah aje.. mana tak nye sbb abah nie rajin bw Amin naik moto.. tetiap ptg pusing stadium ipoh.. pastu abah nie rajin jg bw Amin pegi pasar malam.. klu harap papa Amin nie mmg x kenal la pasar mlm tu mcm mana.. sbb papa blik umah pasar mlm pun dah ttp.. sbb tu Amin nie lebih rapat ngan Abah..

Abah akan amik setiap ptg dlm pkl 6.30.. pastu abah bw la Amin round kat stadium tu ngan maksu.. Tgk tu bdk tu ada sombong sikit bl dpt naik moto ijau nie.. moto nie moto antik...Amin cukup suka naik moto nie.. skrg dah pandai pilih nak naik moto apa.. so pilihan Amin adalah moto ijau.. klu dpt naik tu siap menari2 lagi..

byk lagi kisah Amin ngan abah nie.. mana x byk nye Amin nie masa dia byk ngan Abah aje.. ngan papa adlh ari mggu saja..  mama cite one by one la ..


note: papa sll merajuk ngan abah sbb Amin.. apa2 aje la diaorg nie kan.. nsb la mama ada Azim ..klu x mama pun merajuk jg..heheh

Monday, October 4, 2010

Raya...raya..raya....

Raya tggl lagi beberapa hari aje lg.. seblm terlambat baik mama cite pasal raya dl... Raya tahun nie x berapa meriah wat family mama... mgkin sbb kt dah keletihan dlm kete n sampai lewat.. so x d family potrait seperti kebiasaan di pagi raya....dlm hati ttp meriah jg sbb dpt raya ngan family sndr...

Rumah sedara mara pun x byk yg mama dpt bw ziarah..  Kita cuma sempat pegi umah Tokuda, Toktam n Neneklong aje...gambar pun mama lupa nak snap..

Isnin pagi kita dah bergerak blik ke ipoh plak.. so mmg sekejap sgt cuti raya kita sbb tu yang mama rasa x meriah....



Gmabr nie pun diambil masa raya ke-7 sbb nak balik beraya kg belah abah@atuk plak kat kuala kangsar. nie aje la gambar yg ada..



Note : rasa mcm nak p tgkap gambar raya kat studio aje

Percubaan membesarkan gambar...

Masa memula mama belajar wat blog nie mummysofea yang byk mengajar mama.. dr ajaran mummy sofea maka terhasil la blog mama nie...

wpun blog mama nie dah setahun tp byk benda lg yang mama x tau nak godek kat blog nie.. mama tahu yg asas2 saje..

ari nie mama nak cuba besar kan gambar yang mama post kat entry tu.. mama sgt tertarik ngan gambar2 yg di post oleh mamaQiestina nie.. gmbr2 yg dipost kan sgt besar dan kena plak tu ngan gambar Qies yg comei tu.. mama mmg suka la ngan blog mamaQiestina nie.. selain byk gambar Qies yg comei tu mmg jg suka ngan cite kehdpan mamaQiestina yg pd mama sgt mencabar.. mama nie papa tggl semggu pun dah nangis dan jg blog dan jg blog mamaQiestina yg putih suci tu.. uhhh mmg tertarik la.. mamaQiestina halal kan ilmu nie ye.. 


Note: Jd la tp mama x leh guna 600px, mama gn 450px aje.. klu 600px terkuar dr border sbb langkag yg pertama tu mama x jumpa la...tp ok la jg ekk...

Abang n Adik 

Saturday, October 2, 2010

Angan-angan papa...

Dr zaman muda muda lg papa nie berangan angan taik ayam nak beli moto scrumbler.. sekali tu masa nenek wat open house utk kwn2 alang dtg la anak angkat nenek sorang nie...

Wahhhh..student 'U' skrg nie loaded ye.. diaorg punya duit siap bleh bl scrumbler lg.. apa lg papa pun ngan teruja nye tanpa malu minta pinjam moto tu round berkali2 kat kwsn taman tu..

Bdk yg paling teruja mesti la Amin.. sapa saje yg bw moto tu mesti dia nak ikut.... berkali2 la Amin dpt naik moto tu....






note: tapi kan papa, mama rs mcm x sesuai la papa naik moto nie.. sbbnye nmpk moto nie lg besar dr papa... kuikuikuikui...

Friday, October 1, 2010

"comei lotte contest by jaijina"





 Mama telah di jemput oleh jaijina utk memeriahkan contest yang dianjurkan sempena birthday anaknye Nur Aisyah...

Hepy Besday Nur Aisyah :)

 Ok nie gambar yang mama pertaruhkan... :)

budak nakal






Amin Irfan B Mokhtar
1 Tahun 4 Bulan

Gambar nie mama rasa comei sbb nampak muka budak nakal.. ye la masa nie Amin tgh godek hndphone maksunye..  

Info lanjut boleh klik sini

Note: tgh bz pun sempat lg join contest.. release tension jap..hehehe


Hanya Gambar....


 Amin sekarang klu berjaln bukan nye nak org pegang.. tgk la tu nak jln sendiri.. x takut langsung

Amin cuba memujuk Azim..
Azim menjerit2 panggil Abang
Mencari-cari abang nye..




Mama... Abang mana???

Note: Hari nie mama sibuk nak closing.. Jadi mama x sempat nak membebel panjang2.. kt tgk gambar Amin n Azim aje la ye..