SABDA RASULULLAH SAW TENTANG ANAK
1. Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga.
2. Syurga adalah sebuah kampung ketenangan, tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.
3.Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan
orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah. Orang yang
menangis kepada Allah maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.
4.Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu
darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.
5.Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang-barang dan kembali ke
rumah dengan mambawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia akan
mendapat rahmat dari Allah swt dan tidak akan disiksa di akhirat kelak.
6.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak laki-laki.
Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka seolah-olah
memerdekakan anak Nabi Ismail.
7. Perintahkanlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka
apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.
8. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
9.Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil, maka orang
tua ikut menanggung setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya.
10.Barangsiapa membekalkan nanak-anaknya dengan adab dan ilmu agama, maka
orang tua akan mendapatkan pahala seperti pahal anak-anak.
11.Setelah anak perempuan berusia 16 tahun, maka nikahkanlah dia. Ketika
itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya sambil berkata " Anakku, kau
telah kudidik, kuajar dan kunikahkan. Semoga Allah melindungiku dari
bencana kerana dirimu di dunia dan akhirat".
12. Muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi taming atau penghalang untuk masuk neraka.
13.Anak-anak adalah taming neraka, makan bersama mereka akan membebaskan
kita dari neraka dan memuliakan mereka menyebabkan kita selamat ketika
menyeberangi titian shirath.
No comments:
Post a Comment