Tabung Amin N Azim (Klik HeartBeat Amin N Azim Ye)

Tuesday, November 30, 2010

Amin 1 Tahun 6 Bulan

Dah besar anak mama nie... dah banyak akal pun.. macam2 benda dia nak buat...

tolong nenek cuci bilik air, tolong nenek kemas umah menyampah kan umah nenek
amin nie byk abiskan masa dia kat umah nenek.. sbb tu dia rajin tolong nenek..

 dah pandai pujuk adik bila adik menangis... juga pandai gigit cium adik.. smpai adik dah fobia bila abang nak cium...

dah pandai sembahyang.. setiap kali dgr azan mesti dia sembahyang cara dia.. klu sempat kat depan tv..depan tv la dia sembahyang... klu dgr azan sungguh khusyuk trus ddk bersila..

sgt obses ngan motor dia tu.. smpai adik nak naik kejap pun dia x bagi.. masuk aje umah benda pertama yg dia cr mesti moto tu.. skrg nak tiod pun pegang moto sbb takut adik naik.. dah pandai nak lipat CD sendiri..

 suka main air.. setiap kali pg umah nenek keje nye tolong nenek basuh pinggan.. tapi x d plak gambar dia basuh pinggan.. sekarang nie cuti sek sll la kena buli ngan maksu n mak teh..

byk lg perkembangan amin nie...  tapi mama nie dah ingat ingat lupa..
gigi amin dah ada 12 btg.. tapi gg no 4 yg sblh atas tu nmpaknye mcm dah nak rosak... nie msti atuk bg mkn coklat byk....


Monday, November 29, 2010

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .  :-)

Monday, November 22, 2010

Resepi Puding Jagung Cocktail....

Resepi nie mama khas copy form mama Tisya utk tatapan BFF mama yg tgh mengidam tu.. ngidam gara2 tgk mama punya Puding yg x berapa nak jadi tu la... mama dah minta izin kat mama Tisya nak copy kat sini ye..


Aireen klu ko nak lagi terliur tgk gmbar puding tu ko klik aje kat sini. Mesti ko x sabar nak wat nnt..


Resepinye:

1 tin susu cair
7 sudu besar gula-nk manis lg ltk la byk lg
4 sudu besar tepung kastard (bancuh dgn 1/2 gelas air)
1 kotak jelly nona (perisa strawberry) nk perisa lain pn bole-ikut suka
1 tin krimer jagung

cara2 :
guna bekas jernih/kaca..kalau nak hidang utk tetamu..biar cantek!

pastu masak susu cair, 1 tin air, gula sampai mendidih..
then masukkan bancuhan tepung kastard , 1 tin krimer jagung..
kacau lagi sampai agak2 pekat...

curahkan dalam bekas jernih/kaca...
pastu masak jelly ikut arahan kt blkang kotak

kemudian curahkan atas adunan kastard...
hias dgn strawberry.. sejukkan..

P/s : nnt dah siap masak jgn lupa upload gamber ye ...

Petua Untuk Menidurkan ANAK......


Kanak-kanak yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk. Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur.

Pastikan Anak Memperoleh Tidur Yang Mencukupi
Setiap bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur pada setiap hari. Kanak-kanak pula memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari manakala pelajar pra-sekolah memerlukan 11 hingga 13 jam sehari bagi membolehkan tubuh mereka berfungsi dengan baik.

Tidurkan Waktu Dia Mengantuk
Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20 hingga 30 minit.

 Cahaya Mentari Sebagai Loceng
Cahaya mentari memainkan peranan yang penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda natural bahawa hari sudah siang.

 Persekitaran Tidur Selesa
Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur di atas tilam yang selesa dan memakai baju tidur yang tidak menganggunya sepanjang waktu tidur.

Persekitaran Yang Selamat
Periksa bilik tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga menganggu keselesaan untuk tidur.

Ajar Anak Cara Tidurkan Dirinya
Teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.


by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Saturday, November 20, 2010

Mari Bersembahyang......

Mari bersembahyang bersama Amin Irfan..









Patutnye sejadah Amin yg belakang tu.. tapi dia nak sembahyang katdepan jg.. Orang nak jadi imam la katakan.. terpaksa la mama tggu dia abis sembahyang.. klu tak nnt dia sembahyang depan mama plak.... bila dia dah siap sembahyang x d la dia kacau mama sembahyang nnt...

Sekarang nie klu nampak masjid aje... mesti dia wat 'allahuakbar'.. nak cakap la tu tempat sembahyang.. so sekurangnye Amin dah tau masjid adalah tempat untuk sembahyang walaupun dia x reti bercakap lg tapi perbuatan dia dah menunjukkan yg dia faham masjid tempat untuk sembahyang....

P/s : rasa bahagia sgt bl tgk anak pndai sembahyang.. pasni nak ajar amin ngaji plak..

Friday, November 19, 2010

New Blog....

Weeehuuu... mama ada blog baru.. blog nie mama create untuk mama join Contest n GA aje.. walaupun mama belum ada rezeki nak menag mana contest atau GA sekalipun tapi semangat utk join tetap ada.. x kisah la menang ke tidak..

Apa yg penting dr join Contest n GA nie la mama dpt kenal ramai blogger otai n baru...

http://mamaaminazim.blogspot.com/


Tapi masih dalam pembinaan lagi yek... hehehe

"Syilasyira 1st Giveaway"



1 Nov - 30 Nov 2010.

 

Salam Aidiladha......

Raya Haji nie kita beraya kat ipoh aje.. tak balik kg kuala pun.. sbb noyang kuala pun beraya kat Kuala Lumpur tahun nie.. so kt beraya aje kat kg simee Ipoh.. kita beraya la kat umah atuk yg sekangkang semut dr umah kita tu...hehehehe.. nak balik kg Kedah pun budget non ado...

Pegi sembahyang raya mama angkut semua p masjid.. 1st time nie bw Amin n Azim ke masjid.. saje nak test diaorg nie meragam ke x..

Syukur masuk aje ke dlm masjid dua2 terdiam.. dua2 diam terkedu kat setgh jam la jg.. terkejut agaknye tgk ramai sangat org pakai kain telekung putih... 

After setgh jam br la Azim bersuara dulu.. Azim bersuara pun sbb x lepas nak meniarap.. kaki tersangkut kat beg.. pastu Amin dah mula start bersuara mencari botol susu dlm beg..

Mama plak terlupa nak bw btl susu.. nasib sekejp aje... wat nye dia menjerit.. haru dlm masjid tu.. nsib masa tu dah nak abis sembahyang...





P/S : tggu gmbar dari DSLR baru alang lambat bebenor.. upload aje la gmbar pakai camera ciput mama nie.. cantik jg gmbrnye..hehehe

Puding Jagung Cocktail......

Semlm mama cuba la wat Puding Jagung Cocktail nie...
Resepi mama tgk kat blog mama tisya
Ramai blogger dah cuba resepi mama tisya nie..



 memang sedap...
tapi mgkin mama wat terkurang tepung kastard kot...
jadinya mama punya macam nie la...


puding nyer lembik la....
tapi semlm maksu makan jg.. memang sedap.. cukup lemaknye... klu la puding nye menjadi mesti lagi sedapkan..
mama mesti cuba lagi nie...
tapi lembik2 pun tggl separuh dah pagi nie..

Friday, November 12, 2010

"Birthday Contest By Mama_Balqis"



Penaja Birthday Contest By Mama_Balqis



Contest dianjurkan Sempena Birthday Balqis Yang ke 3 tahun
"Happy Birthday Damia Nurin Balqis.. semoga Balqis menjadi anak yang solehah" 



Amin Irfan
1 Tahun 6 Bulan
28 Mei 2008





Kira Kitaran Haid & Waktu Subur

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat.
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 dari hari pertama haid anda yang akan datang – bukan dari yang sebelum ini)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Wednesday, November 10, 2010

Peace no War........

Byk btl dugaan bila mama nak buat sesuatu.. tapi sekrg mama x boleh fikir negetif.. mama kena fikir positif sbb skrg mama dah jd mak kpd 2 hero... so mama x blh lg berperangai mcm bebdk k.. klu dulu klu mama x puas hati mama main serang aje.. wpun ngan mak abah.. tapi skrg mama kena lbh cool.. sbb mama takut anak2 mama wat apa yg mama prnh wat dulu..jd kena lbh berhati2...

Mama tau teguran abah ngan mak tu utk kebaikan.. tapi mama masih kena memikirkan kepentingan family kecil mama nie.. mgkin skrg mama ngan papa susah.. hutang byk.. siapa yg x pernah wat silap masa muda??? pasti akan ada berlaku kesilapan dlm hidup kita cm kita sedar atau tidak saje.. 

Setiap anak tu ada rezekinye.. mama mesti mencuba.. mana tau mmg Allah dah tntu rezeki anak2 mama di situ.. maka berkg la kita di situ wpun family mama x suka... bukan niat mama nak ssh hidup diaorg.. mama x pinta belas simpati cukup sekadar kasih sayang dari mak ngan abah..... kita x tau apa yg akan berlaku pada masa hadapan.. buruk atau baik.. tapi yg penting kita berusaha utk yg terbaik... 

tapi apapun mama berterima kasih pada mak n abah sbb masih amik berat pada mama.. wpun byk perkara yg mama buat x memuaskan hati abah ngan mak.. pd abah..jgn risau along x ngendeng pun durian runtuh yg abah dpt tu... tp klu nak bg ok jg..

gmbr raya 2009

p/s : peace no war... hehehe.. atok ngan nenek bukan bc blog ciput mama nie...


Tuesday, November 9, 2010

Senarai Taska di Perak.....


SENARAI TASKA BERDAFTAR DIBAWAH AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 DI NEGERI PERAK

BIL.
NAMA TASKA
ALAMAT
TEMPOH PENDAFTARAN
1
Taska M.M.S.B
Ipoh Kiara Condo,Lebuh Bercham Selatan,31400 Ipoh Perak
Tel  - 05 - 5453869
03.09.2009 - 02.09.2010
2
Taska Suci Murni
No.26,Jln Kampung Jambu 4,34000 Taiping Perak
Tel - 05 - 8059783
03.09.2009 - 02.09.2010
3
Taska Zahratul Nur
No.260,Jln SM 1E/11,Fasa 2C,32040 Seri manjung,Perak
03.09.2009 - 02.09.2010
4
Taska Mutiara Montessori
No.1,Jln U 32,Bandar Universiti,Seri Iskandar,31700 Tronoh Perak.
Tel - 012 - 2380433
03.09.2009 - 02.09.2010
5
Taska Fitrah Gemilang
No.3,Taman Tasek Permai,33100 Pengkalan Hulu,Perak
03.09.2009 - 02.09.2010
6
Taska Penyayang An-Nur(Taska Komuniti)
No.111,Taman Bukit Kerajaan,33000 Kuala Kangsar,Perak.
Tel - 016 - 5333187
03.09.2009 - 02.09.2010
7
Taska Cahaya Purnama
No.133,RPA Changkat Sondang,32610 Bandar Seri Iskandar,Bota Perak.
Tel - 012 - 4831924
03.09.2009 - 02.09.2010
8
Taska Aliya
318,Lorong Intan 2,Taman Intan Mas,36000 Teluk Intan Perak.
Tel - 019 - 5708170
03.09.2009 - 02.09.2010
9
Taska Rima
No.41A,Jln Pelangi 3C,Tmn Pelangi Fasa 5,36700 Langkap,Perak.
Tel - 019 - 4355901
25.09.2009 - 24.09.2010
10
Taska Anggun Ria
No.2,Persiaran 10,Villa Perpaduan,31150 Ulu Kinta,Perak.
Tel - 05 - 5471978
25.09.2009 - 24.09.2010
11
Taska Small World Chilcare & Learning Centre
No.4,Tkt Pasir Puteh 3,Taman Yik Sang,31650 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 3221273, 012 - 4344822
22.10.2009-21.10.2010
12
Taska Qistina Iman
No.26,Tkt Zarib 3,Tama Pinji Mewah,31500 Lahat,Perak.
Tel - 05 - 3236795
22.10.2009-21.10.2010
13
Taska Si Montel
No.2,Jln BU 4,Bandar Universiti,Seri Iskandar,31750 Tronoh,Perak.
Tel - 012 - 5867086
21.10.2009-20.10.2010
14
Taska Merry Kids Nursery
No.25,Jln Bunga Raya,Taman Hock Bee,31650 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 3224788
21.10.2009-20.10.2010
15
Taska Anys
No.1,Jln U6 Bandar Universiti,31750 Tronoh, Perak.
Tel - 013 - 4365865, 05 - 3657302
22.10.2009-21.10.2010
16
Taska Edora
No.1677,Taman Samudera,32040 Seri manjung,Perak.
Tel - 012 - 3032744
22.10.2009-21.10.2010
17
Taska Aina Syahdah
No.436,Lorong Emas,L2/18 Pekan Baru,36000 Teluk Intan,Perak.
Tel - 05 - 6212458
22.10.2009-21.10.2010
18
Taska Tilmizi
No.375,Persiaran SM 21/10,Fasa 21,32040 Seri manjung,Perak.
Tel - 012 -5982615
16.11.2009-15.11.2010
19
Taska Sunflower Montessori Nursery
No.17,Lorong Merdeka Satu,34000 Taiping,Perak.
Tel - 016 - 2916020
20.11.2009-19.11.2010
20
Taska Ummi Ida
No.257,Lorong 10,Taman Intan Emas 3,36000 Teluk Intan,Perak.
Tel - 016 - 4417446
20.11.2009-19.11.2010
21
Taska ABC
No.2,Persiaran Bercham Selatan 7,Taman Desa Kencana,31400 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 5474485
22.11.2009-21.11.2010
22
Taska IQ Bestari
No.2,Laluan Sri Ampang 20,Taman Sri Ampang,Taman Sri Ampang,31400,Selangor.
Tel - 012 - 6559567
16.11.2009-15.11.2010
23
Taska Ummie
No.1,Lengkok Tawas Baru,Taman Damai,30010 Ipoh,Perak.
Tel - 019 - 4661872
20.11.2009-19.11.2010
24
Taska Kindergrace Nursery
No.1,Jln Wu Lean Teh,Ipoh Garden South,31400 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 5450413
20.11.2009-19.11.2010
25
Taska Quratul Ain
No.9,Jln Pengkalan Makmur,Taman Pengkalan Makmur,34000 Taiping,Perak.
Tel - 05 - 8494962
31.12.2009-30.12.2010
26
Taska Kids Chioce
No.249,RCM Rayan,Taman Ipoh,31400 Ipoh,Perak.
Tel - 017 - 5032022
31.12.2009-30.12.2010
27
Taska Salsabila
No.106,Laluan Sri Ampang 16,Taman Sri Ampang,31350 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 3132569
31.12.2009-30.12.2010
28
Taska Children House
84,86 Laluan Tasek Timur 16,Taman Sri Dermawan,31400 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 5498112
19.01.2010-18.01.201
29
Taska Kinder House
No.25,Jalan Canning Estate,Taman Canning,31400 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 5496976
11.02.2010-10.02.2011
30
Taska Nur Raihan
No.2,Laluan Klebang Restu,31200 Chemor,Perak.
Tel - 013 - 5250784
08.02.2010-07.02.2011
31
Taska Kid Dee House Nursery
No.63,Lebuh Perajurit 3,Taman Ipoh Timur,31400 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 5487060
08.02.2010-07.02.2011
32
Taska Ann Nursery
No.2,Jalan Perajurit T-3,Taman Syabas,31400 Ipoh Garden East,Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 5457371
08.02.2010-07.02.2011
33
Taska Ain Hazwani
Lot.1436,Lorong Masjid 2,Lorong Masjid Kg.Bahagia,36000 Teluk Intan,Perak.
Tel -
08.02.2010-07.02.2011
34
Taska Okid
No.87,Lorong 14,Taman Intan Mas,36000 Teluk Intan,Ipoh Perak.
Tel - 05 - 6232500
11.02.2010-10.02.2011
35
Taska Sweet Pea Child Care Centre
PT 130132 Jalan Pasar,Jelapang Tambahan,30020 Ipoh,Perak
Tel - 05 - 5273769

08.02.2010-07.02.2011

36
Taska Ilham Manja
No.19A Jalan Manjoi,Taman Pari,30100 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 5265699
08.02.2010-07.02.2011
37
Taska U Kids Child Care
No.250/251,Fasa 2C,Sri Manjung,32040 Seri Manjung,Ipoh Perak.
Tel - 05 - 6883750
11.02.2010-10.02.2011
38
Taska Manjaku Sayang
No.540,Persiaran Putri 8,Fasa 1,Chandan Putri,33000 Kuala Kangsar,Perak.
Tel - 012 - 5945669
08.02.2010-07.02.2011
39
Taska Oasiss Sdn Bhd
No.11,Jalan Panglima,Assam Kumbang,34000 Taiping,Perak.
Tel -
08.02.2010-07.02.2011
40
Taska Raudhatul Hani
No.19,Jalan Maju 3,Taman Maju,31750 Tronoh,Perak.
Tel - 012 - 4222629, 012 - 5413295
08.03.2010-07.03.2011
41
Taska Jelita
No.2 & 4,Persiaran Wira Jaya Barat 18,Taman Ampang,31360 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 3138603
08.03.2010-07.03.2011
42
Taska Ipoh International
No.47,Jalan Tun Dr.Ismail,30350 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 2532500
08.03.2010-07.03.2011
43
Taska Nurul Aulad
Lot.83,Bukit Kerajaan Chandan,33000 Kuala Kangsar,Perak
20.4.2010 - 19.4.2011
44
Taska Tasneem ELC
No.6,Lorong Perwira M1/18,Taman Cicely,36000 Teluk Intan,Perak.
Tel - 013 - 5201864
21.4.2010 - 20.4.2011
45
Taska Twinkle Child Care
No.1,Persiaran Rapat Baru 20,Taman Lapangan Permai,31350 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 3130080
21.4.2010 - 20.4.2011
46
Taska Merpati Putih
No.402,Fasa 21,32040 Seri Manjung,Perak.
Tel - 012 - 5815922
21.4.2010 - 20.4.2011
47
Taska Safwa
No.97,Lorong Manjung Point 2/2,32040 Bandar Seri Manjung,Perak.
Tel - 013 - 4741348
21.4.2010 - 20.4.2011
48
Taska An Nasehah
90,Jln Menteri Pokok Assam Tambahan,34000 Taiping,Perak.
Tel - 05 - 8074024
26.5.2010 - 25.5.2011
49
Taska Suci
No.149,Taman Taiping,34000 Taiping Perak.
Tel - 05 - 8085675
26.5.2010 - 25.5.2011
50
Taska Graduan Mukmin
Pt.6068,Jln Stadium,off Jln Muzaffar Shah,Assam Kumbang,34000 Taiping,Perak.
Tel - 05 - 8053201
26.5.2010 - 25.5.2011
51
Taska Swan
1877,Jln Mustaffa Al-Bakri,36000 Teluk Intan,Perak.
Tel - 05 - 6210307
26.5.2010 - 25.5.2011
52
Taska Kenari
JKR 710,Kompleks Pentadbiran Daerah dan Tanah,36800 Kg Gajah,Perak.
Tel - 019 - 5752604
26.5.2010 - 25.5.2011
53
Taska Tiny Tots Montessori Centre
62,Tkt Taman Ipoh 6,Ipoh Garden South,31400 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 5499072
26.5.2010 - 25.5.2011
54
Taska Cahaya Hatiku
No.51,Leboh Perajurit 2,Ipoh Garden East,31400 Ipoh,Perak.
Tel - 012 - 5253761
26.5.2010 - 25.5.2011
55
Taska Nur Qaseh
No.35,Regat Pegoh 8,Taman Pengkalan Jaya,31650 Ipoh,Perak.
Tel - 016 - 5454861
26.5.2010 - 25.5.2011
56
Taska Fantasi Bebe
No.107,Tkt Ipoh Satu,Taman Ipoh,31400 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 5461589
26.5.2010 - 25.5.2011
57
Taska Muhibbah
Blok H,No.556,KgbMuhibbah Fasa 2A,31100 Sg Siput(U).Perak.
Tel - 019 - 4763764
6.7.2010 - 5.7.2011
58
Taska Ceria Emas
No.2,Jalan Tawas Baru 17A,Taman Ehsan,30010 Ipoh,Perak.
Tel - 017 - 5941120
13.7.2010 - 12.7.2011
59
Taska Idaman Murni
No.7,Jalan Murni 1,Taman Murni,34200 Parit Buntar,Perak.
Tel - 012 - 4799579
6.7.2010 - 5.7.2011
60
Taska Berjaya Maju
No.1,Jalan Tawas Baru 10,Taman Tasek Damai,30010 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 2913361
6.7.2010 -5.7.2011
61
Taska Impian Hati
No.1,Lintasan Meru Permai 1,Halaman Meru Permai,Bandar Meru Raya,30020 Ipoh Perak.
Tel - 017 - 5955786
6.7.2010 - 5.7.2011
62
Taska Budi Emas
No.2,Hala Bekor 1,Taman Pertama,30100 Ipoh,Perak.
Tel - 012 - 5220579
6.7.2010 - 5.7.2011
63
Taska Junior Bintang Sinar
No.160 Lorong Impiana 6,Tmn Impiana ,Jln Merbok,36000 Teluk Intan,Perak.
Tel - 05 - 6213280
6.7.2010 - 5.7.2011
64
Taska Seri Sinar
No.37,Fasa 1D2,32040 Seri Manjung,Perak.
Tel - 012 - 5123998
6.7.2010 - 5.7.2011
65
Taska Haza
No.127,Blok M,Rancangan Perumahan Awam 2,36800 Kg Gajah Perak.
Tel - 05 - 2436805
6.7.2010 - 5.7.2011
66
Taska Ibu Besar
No.2,Jln Taman Jana Mulia 2,Taman Jana Mulia,34600 Kamunting,Perak.
Tel - 016 - 5656884
6.7.2010 - 5.7.2011
67
Taska M.M.S.B.
No.114981,Pengkalan Emas Mall,Jln Pasir Puteh,31650 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 3218888,012 - 5501838
13.7.2010 - 12.7.2011
68
Taska Evershine Child Centre
No.4,Lebuh Batu Bungkal,30250 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 2436805
13.7.2010 - 12.7.2011
69
Taska Bayiku Comel
No.28 Jalan Rajawali,Taman Ipoh Selatan,31400 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 5471032
13.7.2010 - 12.7.2011
70
Taska Sri Pagi
53,Jalan Kenas,Taman Sri Melati,33000 Kuala kangsar,Perak
9.8.2010 - 8.8.2011
71
Taska Cahaya Mataku
No.3,Taman Bukit Jana Indah 5,Taman Bukit Jana Indah,34600 Kamunting,Perak
10.8.2010 - 9.8.2011
72
Taska Minda Muda
No.1,Jalan 1B7,Taman Iskandar Bistari,32600 Sri Iskandar,Bota,Perak
11.8.2010 - 10.8.2011
73
Taska Riang Ceria
No.42,Lorong Pegoh 2,Taman Pengkalan Jaya,31650 Ipoh,Perak
11.8.2010 - 10.8.2011
74
Taska Indah
JKR 4517,Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh,30990 Ipoh,Perak
11.8.2010 - 10.8. 2011
75
Taska Cahaya Pintar
37,Jalan Lee Kwee Foh,Taman Canning,31400 Ipoh,Perak
5.8.2010 - 4.8.2011
76
Taska Home Sweet Home
No.86,Jln Hj.Eusoff,Housing Trust,30250 Ipoh,Perak
Tel - 05 - 2916618 , 2558373
11.8.2010 - 10.8.2015
77
Taska Ummi Ida
98 Lorong Intan 1,Taman Intan,36000 Teluk Intan
Tel - 016 - 4417446
16.8.2010 - 15.8.2015
78
Taska Children House Montessori Centre
2,Jalan Manggis,Taman The Leng Seng 31350 Ipoh,Perak
Tel - 05 - 5483731
20.8.2010 - 19.8.2015
79
Taska Adnin
No.1,Prs,Iskandar Perdana 5,Sek 1,Bandar Seri Iskandar,32600 Bota,Perak
Tel - 017 -5883726,013 - 4505119
20.8.2010 - 19.8.2015
80
Taska Tupai Emas
67, Lorong 4, Taman Tupai Emas,34010 Taiping,Perak
Tel - 05 - 8071980,012 - 5072468
23.9.2010 - 22.9.2015
81
Taska Seri Bistari Annur
70,Jalan Bandar U13,Bandar Universiti,Seri Iskandar,31750 Tronoh,Perak,
Tel - 013 - 4492669
23.9.2010 - 22.9.2015
82
Taska Early Childhood Centre
1,Prsn Bercham Selatan 22,Taman Bercham Jaya,31400 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 5484811
30.9.2010 - 29.9.2015
83
Taska Little Kiddies
No.2,Dataran Rapat Baru 11,Taman Seri Berjaya,31350 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 3115791
2.9.2010 - 1.9.2015
84
Taska Manja Damai
No.28,Jln Sentosa,Taman Damai 1,34200 Parit Buntar,Perak.
Tel - 05 - 7176951
17.9.2010-16.9.2015
85
Taska My Nursery
2,Persiaran Bunga Seroja 7,Taman Melor,Pasir Puteh,31650 Ipoh,Perak.
Tel - 05 - 3223684
17.9.2010-16.9.2015
86
Taska Loving Touch
No.1,Lengkok Permai 2,Taman Meru Permai,30200 Ipoh,Perak.
Tel - 019 - 5732066
17.9.2010-16.9.2015
87
Taska M.M.S.B
21,Jalan Ng Song Teik,Taman Permata,30100 Ipoh,Perak.
Tel - 012 - 5501838
24.9.2010-23.9.2015
88
Taska Adhwa
No.2359,Lorong Siakap 9,Taman Samudera,32040 Seri Manjung,Perak.
Tel - 012 - 5180244
17.9.2010-16.9.2015
Dikemaskini Pada ( Monday, 01 November 2010 16:19 ) 

p/s : Mama up kan senarai taska nie utk panduan mama tahun depan.. skrg mama nak survey mana2 taska yg bersesuaian utk Amin...

Saturday, November 6, 2010

Are u that lucky one..???Giveaway

 

Tarikh tutupnya...

raya haji ni adalah tarikh tutupnya...

adiah nya..?????

- sgt sesuai utk anak2 kita..aku sgt2 pasti yg kalau anak2 dpt, mesti diaorang tersenyum selebar2nya..
mungkin siap melompat2 lg...
- dan mak ayah pon turut tersenyum (kalau anak2 suka, mesti mak ayah suka gak kan..??)..
apa..???adiah mcmtu xsesuai utk yg xde anak lg..???
xpe..kalau korang ada anak sedara kesygan pon boleh jugak...
dan apa adiah tu..????
 
JOM JOIN
KLIK SINI
 

Wednesday, November 3, 2010

Baby & Toys Contest




Nama : Amin Irfan B Mokhtar
Umur : 1 Tahun 6 Bulan

mama nak Tag
mama adam & aqil a.k.a Natt
mama irfan & fiqah a.k.a Ilah
mama kyra a.k.a eja


Tuesday, November 2, 2010

ibuayahdamia vacation with kids Giveaway


Mama nak join GA dari ibuayahdamia
jom ramai2 join
klik sini

Jika Isteri Menangis di depan mu…..

Buat suami tercinta...

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.