Tabung Amin N Azim (Klik HeartBeat Amin N Azim Ye)

Tuesday, February 22, 2011

9 Fadilat Mengasihi Anak

Subhanallah! Sayangnya Allah SWT kepada kita..
Dia bukan sahaja mengurniakan kita dengan anak-anak..
Bahkan, jika kita sayang pada anak-anak yang diberikan Allah ini, Dia akan memberikan kita pahala..

1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman  dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

2. Syurga itu ialah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

4. Muliakan anak-anak dengan mengajar adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan anaknya itu dan barangsiapa yang membekalkan anaknya itu turut memperolehinya.

5. Aqraq pernah melihat Nabi Muhammad SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorangpun yang aku cium." Sabda Nabi SAW "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi".

6. Barangsiapa ke pasar dan membeli barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8. Barangsiapa menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis kerana takutkan Allah diharamkan oleh Allah api neraka ke atas tubunhnya.

9. Seorang lelaki bertanya "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab Baginda "Berbaktilah kepada kedua ibu bapamu" Kata lelaki itu lagi "Ibu-bapaku sudah tiada lagi" Sabda Nabi SAW " Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu, dan anakmu pula berhak ke atas dirimu".

Senangnya nak buat pahala kan..Jom buat pahala banyak-banyak! Semoga Allah SWT memberikan kita Taufiq dan Hidayah untuk mengamalkan dan menyampaikan ilmu ini kepada orang lain. Wallahu'alam.

TQ for sharing, AnakkuSoleh.Com.

Monday, February 21, 2011

Keje Baru....

Dah hampir seminggu mama bekerja di tempat baru...
Dapat keje nie pun secara mengejut aje...
Mama dipanggil utk ke interview pd hari jumaat 12/2..
Hari isnin 14/2 dapat call suh mama lapor diri pd hari rabu 16/2...

So mama terpaksa short notice kat syarikat lama... mama terpaksa la byar 1 bulan notis blik... n mama jg terpaksa settlekan loan company mama yg berbalance hmpir 4k tu... tp mama x settle semua la... 2x settle... byk conflict yg berlaku antara mama n company lama nie slps mama short notis.. biar la mama simpan sebagai pengalaman mama supaya selepas nie jgn terlalu mempercayai seseorg...

mama wat nie semua utk masa depan anak2 mama.. Biar la mama berkorban masa mama buat masa skrg utk memberi kehidupan yg sedikit selesa n pelajran yg terbaik buat anak2 mama... 

n kat tempat kerja baru nie mama dah x dpt online seperti biasa... so semakin hilang la dunia FB n Blogging mama... mama akan kembali seperti biasa bila mama dah dpt beli laptop semula.. 

nak tau x mama dpt keje kat mana???????

POS MALAYSIA BHD

P/S: cr logo pos x d la dlm web pos.... doakan kerjaya mama nie bertahan la sehingga mama tua ye... hehehe

Saturday, February 12, 2011

Aktiviti Dalam Kete....

Hahaha... jgn tersalah sangka pada tajuk ye...
nie nak tunjuk aktiviti anak bujang mama bila dlm kete..

 Memula buka kasut dl bila mama suh duk belakang teman adik... adik tu senyum aje..

 eeee...geramnye mama tgk 2 beradik nie.. nie 2-2 mood tgh baik nie.. 

 abang nie skrg dah pandai bergaya depan kamera.. lg klu dpt tgk kemera gabak alang dia.. uiiihhh sakan dia berposing... adik tu dah ada sikit2 nak berbunyi...

 abang berposing lagi.. adik plak dah jumpa sesuatu yg boleh dimasukkan kedlm mulut...


 skrg nie pesen abng peace dia mesti letak kat pipi... mcm2 abg nie... tp tgk kat tgn abang ada apa???? tisu... oh..rupanye dia gembira sbb dpt tisu tu... segumpal tisu dia amik...

amboi senyum bukan main lebor lagi ye abg.. rupanye diaorg berdua wat huru hara kat belakng... ptt la diam aje.. bl mama pandang belakang mengekek abg gelak... tgk tisu kat tgn tu..

Wednesday, February 9, 2011

Berendam di Bukit Merah Laketown Resort.....

Sebenarnye dah 2 mggu lepas pegi Bukit Merah nie.. sblm CNY lagi...
Pegi pun sbb ikut atuk ada Lunch utk persaraan kakitangan Pos Malaysia kat Bukit Merah tu.. 
Klu tak takde nye mama nak pegi ngan cuaca yang panas nie.. Tapi nasib ari yg mama pegi tu cuaca redup aje.. klu x semua nye bertukar warna nnt...

Dalam x nak berendam tu hampir 6 jam jg la duk kat dalam tu.. smpai atuk dah tanya "x abis mandi lagi ke"

 nie la bibik2 mama.. klu x d diaorg nie jgn harap la mama nak pegi... sbb diaorg nie la mama pegi jg.. sbb diaorg janji akan jg amin n azim...
 nsb janji tak tggl janji aje.. menjalankan tugas ngan berjayanye..

ini budak... sekejap takut..sekejap berani.. yg takut tu saje mengada-ngada...

 yg kecik nie plak.. mmg teringin nak main air tapi bl jauh aje sikit dr mama dah melalak plak ... main air pun nak bwh ketiak mama jg...

apa yg si amin nie buat???? cuci yak ke abang oiii... time nie ok lagi.. sbb bdn lum kecut lg...

 nie bibik dia la yg punya keje.. dah tau amin nie mmg penakut kat benda2 yg pelik.. lg di ltknye amin atas kura2 tu... melalak la...

 mandi pakai bj biasa aje.. ingatkan nak beli swimming suit.. sekali kat bukit merah mahal la.. baik p beli kat JJ aje..

 bibik nie tgh sengal jap.. sebab geng x d... geng ngan budak kecik x tau nak main apa.. lg 2 org bibik dah hilang ke mana pun x tau...

kami bertiga je..papa x dpegi sbb kena keje.. sian kat papa x dpt join... x p papa kumpul duit lagi nanti kita pegi berempat plak...

Petua Untuk Isteri2..

Salam...Petua ini  dari laman web ini yang mengajar kita tentang Petua Mengasihi Teman Hidup...
http://isteri.blogmas.com/2008/02/28/18-petua-mengasihi-teman-hidup-anda/
jom-jom baca..

1. Setiap manusia mudah terangsang melalui penglihatan mata. Pakailah pakaian yang menarik tertarik de boom perhatian pasangan anda. Lemparkan senyuman yang bermakna dan ikhlas. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Kepulangan pasangan anda ke rumah dari outstation/ tempat kerja perlu disambut dengan gembira. Mana kala jika pasangan anda keluar dari rumah, hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaannya. Jangan lupa untuk amalkan bersalaman dan berciuman ketika pasangan anda pulang/mahu meninggalkan rumah.

3. Nyatakan rasa sayang anda kepada pasangan setiap hari (ILOVEU 23X kebaboom), walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

4. Sentuh dan belailah pasangan anda selalu. Curi-curi mencium pasangan anda ketika tidak dilihat oleh orang lain. Pegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan. (sure romantik bangat)

5. Amalkan masuk tidur bersama pasangan anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga. Untuk itu, isteri berperanan menidurkan anak-anak lebih awal.

6. Jika anda meminta pertolongan dari pasangan anda dan pasangan anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk. (karang tak pasal2 kena pujuk)

7. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan pasangan anda, pasangan anda mungkin merasa kurang senang.

8. Selalulah memicit-micit dan mengurut pasangan anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan pasangan anda busuk, pengotor, selekeh, mulut berbau, banyak jerawat atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati pasangan anda akan tersentuh apabila anda berkata2 demikian.

9. Apabila anda masuk tidur bersama pasangan anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersamanya. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya yang ku cingtai”.

10. Elakkan bercerita mengenai pasangan anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka pasangan anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi pasangan anda.

11. Sekiranya pasangan anda berhajat untuk “bersama” anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian, kecurangan atau kes poligami berpunca dari sikap pasangan yang kurang faham dengan keperluan pasangnya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan pasangan anda berasa bosan.

12. Ketika pasangan anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Jangan biarkan pasangan anda kesakitan sendiri. Sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati pasangan mudah berkata ‘inginkan
seseorang yg dapat membantu’. Jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki khususnya, tak dapat di baca apabila umurnya 40-an.

13. Apabila pasangan anda meninggal dunia, jagalah anak-anak dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga pasangan anda. Kepada isteri, jika anda melakukan demikian, teruskan la, mudah-mudahan anda akan menemui suami anda disyurga. Sesungguhnya yang paling penting, hormat la suami anda walaupun dia sudah tiada, jangan sekali di caci-keji.

Petua tambahan khusus bagi isteri-isteri yang pengasih..

14. Uruskan perihal suami dari segi pakaian dan makanannya. Bagi isteri yang berkerjaya, selalulah memasak untuk suami. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama nafsu batinnya dan kedua nafsu makannya.

15. Ketika suami menghadapi masalah, jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami berdukacita. Walaupun isteri bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

16. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda dan suami akan merasakan kenikmatannya.

17. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

18. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

Tuesday, February 8, 2011

Lion menyerang ofis........

Semlm dlm kul 3 ptg ofis mama di serang oleh 2 ekor lion bersama kuncu2nye...
setiap tahun pun mmg ofis mama akan di serang begini...
 nie adalah upacara opening untuk CNY.


nie la 2 ekor lion n kuncu2nye... lion nie tgh mengupas pamelo di depan pintu masuk ofis mama..

lion mengupas limau di setiap meja staf di dlm ofis mama... nie adalh untuk 'luck' di setiap meja.. bersihkan meja

  nie la rupanye limau yg lion tu kupas... lupa nak crop n rotate la.. tgk aje la pic tunggang terblk nie...

Lion dah nak balik... lion nie nak ke HQ plak... 

selepas tu mama n staf semua akan follow ke HQ plak utk jamuan Opening CNY..
tapi kali nie opening x berapa meriah sbb staf chiness byk yg cuti lagi... 
  lion pun dpt ang paw sikit aje..


p/s : mama pun dpt ang paw jg... tp thn nie memang CNY sgt budget... dpt sikit aje.. lepas la duit minyak kete seminggu...


Monday, February 7, 2011

Giler Jammed.....

Sebenarnya ari sabtu ptg lagi dah mula jammed di highway utara....
Mama bergerak dr Kg kul 5ptg... smpai ipoh kul 1.30pg..

memula nak masuk tol kulim... smpai kat trafic light tu dah jammed... so papa patah balik ikut jalan lama nak masuk kat tol juru... masuk aje kat tol juru tu kenderaan dah mula byk.... blm start jammed lg.. mama berhenti rehat kat RnR bukit merah...berhenti dlm sejam macam tu... 

kuar aje dr RnR tu jln dah mula jammed.... bayangkan dr bukit merah ke sg perak 4jam... rasa mama nak turun aje dr kete tu pastu mama jln kaki.. mesti mama yg smpai dulu kat RnR sg perak tu... Azim dlm kete dah mengamuk sakan.. Amin still maintain lagi... dah kat 2 jam setgh tersangkut dlm jammed tu anak2 mama dah tinggal pampers aje.. 

Aircond mmg dah x boleh on sbb nye dah x sejuk... padahal sblm balik Kg tu dah servis tapi aircond tu mmg tunggu masa aje nak kena tukar compressornye.... so masa dalam jammed tu mmg amin n azim mmg kepanasan la... 

Ingat nak kuar kat Kuala Kangsar... sekali terlepas susur kuarnye.. terpaksa la meredah jg jammed... lg 5km nak smpai RnR.. mama dah x tertahan nak terkuncil... pastu kete plak dah bau hangit.. sbb barring aircond dah jammed... so papa terpaksa wat keputusan drastik ikut lorong kecemasan.... sbb takut kete nie jammed plak kat tgh2 jammed nie.. x ke pengsan masa tu nnt...

smpai kat RnR sg perak tepat kul 12 tghmlm... pastu tgk plus dah buka laluan ketiga dekat jambatan tu.. lambat betul plus amik tindakan... dah kat 5 jam jln jammed baru ada tindakan... kat RnR ounya la ramai umat manusia.. smpai nak kencing pun beratur panjang.. mama rasa dah nak berjoget dah kat situ dok menahan kencing nie...


muka kepenatan.. tgh tggu enjin kete sejuk sikit... masa nie pihak plus kata jln dah ok.. sbb dah buka 3 lines.. dlm kul 1 br brgerak dr RnR sg perak... x smpai setgh jam dah sampi pun ipoh... rasa nye perjlnan balik kali nie  mcm nak ke johor plak lamanye....