Tabung Amin N Azim (Klik HeartBeat Amin N Azim Ye)

Tuesday, February 22, 2011

9 Fadilat Mengasihi Anak

Subhanallah! Sayangnya Allah SWT kepada kita..
Dia bukan sahaja mengurniakan kita dengan anak-anak..
Bahkan, jika kita sayang pada anak-anak yang diberikan Allah ini, Dia akan memberikan kita pahala..

1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman  dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

2. Syurga itu ialah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

4. Muliakan anak-anak dengan mengajar adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan anaknya itu dan barangsiapa yang membekalkan anaknya itu turut memperolehinya.

5. Aqraq pernah melihat Nabi Muhammad SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorangpun yang aku cium." Sabda Nabi SAW "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi".

6. Barangsiapa ke pasar dan membeli barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8. Barangsiapa menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis kerana takutkan Allah diharamkan oleh Allah api neraka ke atas tubunhnya.

9. Seorang lelaki bertanya "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab Baginda "Berbaktilah kepada kedua ibu bapamu" Kata lelaki itu lagi "Ibu-bapaku sudah tiada lagi" Sabda Nabi SAW " Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu, dan anakmu pula berhak ke atas dirimu".

Senangnya nak buat pahala kan..Jom buat pahala banyak-banyak! Semoga Allah SWT memberikan kita Taufiq dan Hidayah untuk mengamalkan dan menyampaikan ilmu ini kepada orang lain. Wallahu'alam.

TQ for sharing, AnakkuSoleh.Com.

Monday, February 21, 2011

Keje Baru....

Dah hampir seminggu mama bekerja di tempat baru...
Dapat keje nie pun secara mengejut aje...
Mama dipanggil utk ke interview pd hari jumaat 12/2..
Hari isnin 14/2 dapat call suh mama lapor diri pd hari rabu 16/2...

So mama terpaksa short notice kat syarikat lama... mama terpaksa la byar 1 bulan notis blik... n mama jg terpaksa settlekan loan company mama yg berbalance hmpir 4k tu... tp mama x settle semua la... 2x settle... byk conflict yg berlaku antara mama n company lama nie slps mama short notis.. biar la mama simpan sebagai pengalaman mama supaya selepas nie jgn terlalu mempercayai seseorg...

mama wat nie semua utk masa depan anak2 mama.. Biar la mama berkorban masa mama buat masa skrg utk memberi kehidupan yg sedikit selesa n pelajran yg terbaik buat anak2 mama... 

n kat tempat kerja baru nie mama dah x dpt online seperti biasa... so semakin hilang la dunia FB n Blogging mama... mama akan kembali seperti biasa bila mama dah dpt beli laptop semula.. 

nak tau x mama dpt keje kat mana???????

POS MALAYSIA BHD

P/S: cr logo pos x d la dlm web pos.... doakan kerjaya mama nie bertahan la sehingga mama tua ye... hehehe

Saturday, February 12, 2011

Aktiviti Dalam Kete....

Hahaha... jgn tersalah sangka pada tajuk ye...
nie nak tunjuk aktiviti anak bujang mama bila dlm kete..

 Memula buka kasut dl bila mama suh duk belakang teman adik... adik tu senyum aje..

 eeee...geramnye mama tgk 2 beradik nie.. nie 2-2 mood tgh baik nie.. 

 abang nie skrg dah pandai bergaya depan kamera.. lg klu dpt tgk kemera gabak alang dia.. uiiihhh sakan dia berposing... adik tu dah ada sikit2 nak berbunyi...

 abang berposing lagi.. adik plak dah jumpa sesuatu yg boleh dimasukkan kedlm mulut...


 skrg nie pesen abng peace dia mesti letak kat pipi... mcm2 abg nie... tp tgk kat tgn abang ada apa???? tisu... oh..rupanye dia gembira sbb dpt tisu tu... segumpal tisu dia amik...

amboi senyum bukan main lebor lagi ye abg.. rupanye diaorg berdua wat huru hara kat belakng... ptt la diam aje.. bl mama pandang belakang mengekek abg gelak... tgk tisu kat tgn tu..

Wednesday, February 9, 2011

Berendam di Bukit Merah Laketown Resort.....

Sebenarnye dah 2 mggu lepas pegi Bukit Merah nie.. sblm CNY lagi...
Pegi pun sbb ikut atuk ada Lunch utk persaraan kakitangan Pos Malaysia kat Bukit Merah tu.. 
Klu tak takde nye mama nak pegi ngan cuaca yang panas nie.. Tapi nasib ari yg mama pegi tu cuaca redup aje.. klu x semua nye bertukar warna nnt...

Dalam x nak berendam tu hampir 6 jam jg la duk kat dalam tu.. smpai atuk dah tanya "x abis mandi lagi ke"

 nie la bibik2 mama.. klu x d diaorg nie jgn harap la mama nak pegi... sbb diaorg nie la mama pegi jg.. sbb diaorg janji akan jg amin n azim...
 nsb janji tak tggl janji aje.. menjalankan tugas ngan berjayanye..

ini budak... sekejap takut..sekejap berani.. yg takut tu saje mengada-ngada...

 yg kecik nie plak.. mmg teringin nak main air tapi bl jauh aje sikit dr mama dah melalak plak ... main air pun nak bwh ketiak mama jg...

apa yg si amin nie buat???? cuci yak ke abang oiii... time nie ok lagi.. sbb bdn lum kecut lg...

 nie bibik dia la yg punya keje.. dah tau amin nie mmg penakut kat benda2 yg pelik.. lg di ltknye amin atas kura2 tu... melalak la...

 mandi pakai bj biasa aje.. ingatkan nak beli swimming suit.. sekali kat bukit merah mahal la.. baik p beli kat JJ aje..

 bibik nie tgh sengal jap.. sebab geng x d... geng ngan budak kecik x tau nak main apa.. lg 2 org bibik dah hilang ke mana pun x tau...

kami bertiga je..papa x dpegi sbb kena keje.. sian kat papa x dpt join... x p papa kumpul duit lagi nanti kita pegi berempat plak...

Petua Untuk Isteri2..

Salam...Petua ini  dari laman web ini yang mengajar kita tentang Petua Mengasihi Teman Hidup...
http://isteri.blogmas.com/2008/02/28/18-petua-mengasihi-teman-hidup-anda/
jom-jom baca..

1. Setiap manusia mudah terangsang melalui penglihatan mata. Pakailah pakaian yang menarik tertarik de boom perhatian pasangan anda. Lemparkan senyuman yang bermakna dan ikhlas. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Kepulangan pasangan anda ke rumah dari outstation/ tempat kerja perlu disambut dengan gembira. Mana kala jika pasangan anda keluar dari rumah, hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaannya. Jangan lupa untuk amalkan bersalaman dan berciuman ketika pasangan anda pulang/mahu meninggalkan rumah.

3. Nyatakan rasa sayang anda kepada pasangan setiap hari (ILOVEU 23X kebaboom), walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

4. Sentuh dan belailah pasangan anda selalu. Curi-curi mencium pasangan anda ketika tidak dilihat oleh orang lain. Pegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan. (sure romantik bangat)

5. Amalkan masuk tidur bersama pasangan anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga. Untuk itu, isteri berperanan menidurkan anak-anak lebih awal.

6. Jika anda meminta pertolongan dari pasangan anda dan pasangan anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk. (karang tak pasal2 kena pujuk)

7. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan pasangan anda, pasangan anda mungkin merasa kurang senang.

8. Selalulah memicit-micit dan mengurut pasangan anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan pasangan anda busuk, pengotor, selekeh, mulut berbau, banyak jerawat atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati pasangan anda akan tersentuh apabila anda berkata2 demikian.

9. Apabila anda masuk tidur bersama pasangan anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersamanya. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya yang ku cingtai”.

10. Elakkan bercerita mengenai pasangan anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka pasangan anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi pasangan anda.

11. Sekiranya pasangan anda berhajat untuk “bersama” anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian, kecurangan atau kes poligami berpunca dari sikap pasangan yang kurang faham dengan keperluan pasangnya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan pasangan anda berasa bosan.

12. Ketika pasangan anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Jangan biarkan pasangan anda kesakitan sendiri. Sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati pasangan mudah berkata ‘inginkan
seseorang yg dapat membantu’. Jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki khususnya, tak dapat di baca apabila umurnya 40-an.

13. Apabila pasangan anda meninggal dunia, jagalah anak-anak dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga pasangan anda. Kepada isteri, jika anda melakukan demikian, teruskan la, mudah-mudahan anda akan menemui suami anda disyurga. Sesungguhnya yang paling penting, hormat la suami anda walaupun dia sudah tiada, jangan sekali di caci-keji.

Petua tambahan khusus bagi isteri-isteri yang pengasih..

14. Uruskan perihal suami dari segi pakaian dan makanannya. Bagi isteri yang berkerjaya, selalulah memasak untuk suami. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama nafsu batinnya dan kedua nafsu makannya.

15. Ketika suami menghadapi masalah, jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami berdukacita. Walaupun isteri bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

16. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda dan suami akan merasakan kenikmatannya.

17. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

18. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

Tuesday, February 8, 2011

Lion menyerang ofis........

Semlm dlm kul 3 ptg ofis mama di serang oleh 2 ekor lion bersama kuncu2nye...
setiap tahun pun mmg ofis mama akan di serang begini...
 nie adalah upacara opening untuk CNY.


nie la 2 ekor lion n kuncu2nye... lion nie tgh mengupas pamelo di depan pintu masuk ofis mama..

lion mengupas limau di setiap meja staf di dlm ofis mama... nie adalh untuk 'luck' di setiap meja.. bersihkan meja

  nie la rupanye limau yg lion tu kupas... lupa nak crop n rotate la.. tgk aje la pic tunggang terblk nie...

Lion dah nak balik... lion nie nak ke HQ plak... 

selepas tu mama n staf semua akan follow ke HQ plak utk jamuan Opening CNY..
tapi kali nie opening x berapa meriah sbb staf chiness byk yg cuti lagi... 
  lion pun dpt ang paw sikit aje..


p/s : mama pun dpt ang paw jg... tp thn nie memang CNY sgt budget... dpt sikit aje.. lepas la duit minyak kete seminggu...


Monday, February 7, 2011

Giler Jammed.....

Sebenarnya ari sabtu ptg lagi dah mula jammed di highway utara....
Mama bergerak dr Kg kul 5ptg... smpai ipoh kul 1.30pg..

memula nak masuk tol kulim... smpai kat trafic light tu dah jammed... so papa patah balik ikut jalan lama nak masuk kat tol juru... masuk aje kat tol juru tu kenderaan dah mula byk.... blm start jammed lg.. mama berhenti rehat kat RnR bukit merah...berhenti dlm sejam macam tu... 

kuar aje dr RnR tu jln dah mula jammed.... bayangkan dr bukit merah ke sg perak 4jam... rasa mama nak turun aje dr kete tu pastu mama jln kaki.. mesti mama yg smpai dulu kat RnR sg perak tu... Azim dlm kete dah mengamuk sakan.. Amin still maintain lagi... dah kat 2 jam setgh tersangkut dlm jammed tu anak2 mama dah tinggal pampers aje.. 

Aircond mmg dah x boleh on sbb nye dah x sejuk... padahal sblm balik Kg tu dah servis tapi aircond tu mmg tunggu masa aje nak kena tukar compressornye.... so masa dalam jammed tu mmg amin n azim mmg kepanasan la... 

Ingat nak kuar kat Kuala Kangsar... sekali terlepas susur kuarnye.. terpaksa la meredah jg jammed... lg 5km nak smpai RnR.. mama dah x tertahan nak terkuncil... pastu kete plak dah bau hangit.. sbb barring aircond dah jammed... so papa terpaksa wat keputusan drastik ikut lorong kecemasan.... sbb takut kete nie jammed plak kat tgh2 jammed nie.. x ke pengsan masa tu nnt...

smpai kat RnR sg perak tepat kul 12 tghmlm... pastu tgk plus dah buka laluan ketiga dekat jambatan tu.. lambat betul plus amik tindakan... dah kat 5 jam jln jammed baru ada tindakan... kat RnR ounya la ramai umat manusia.. smpai nak kencing pun beratur panjang.. mama rasa dah nak berjoget dah kat situ dok menahan kencing nie...


muka kepenatan.. tgh tggu enjin kete sejuk sikit... masa nie pihak plus kata jln dah ok.. sbb dah buka 3 lines.. dlm kul 1 br brgerak dr RnR sg perak... x smpai setgh jam dah sampi pun ipoh... rasa nye perjlnan balik kali nie  mcm nak ke johor plak lamanye....



Monday, January 31, 2011

Sekali semua nye terpenyet......

Sabtu lepas mama ajak la papa diner kat Ayam Penyet...
Ye la nak cuba la rasa Ayam Penyet nie mcm mana...
Restoran Ayam Penyet kat ipoh nie baru ada satu aje cawangannye.. kat De Garden..


mama order.. ayam penyet, lele penyet, udang penyet n nasi 4 pggn... 
air... cappacino blend, chocolate blend, milo ais n watermolen..
tapi pic makanan no ada.. mama x expert lg amik pic mknan.. sbb nye bila mknan smpai x ingat dah amik pic.. terus ngapp aje....


ini budak dah x mau mkan bersuap..semua nye nak wat sendiri... hasil nye.. tempat mknan dia penuh ngan penuh ngan nasi yg yg bersepah... smpaikan lantai pun mkn nasi... msti masa waiter nak kemas meja mama msti diorg mengumpat sebakul... hahaha..


bw maksu sekali... ye la dia nie suka mkn.. tapi klu abah yg bw dia mkn mesti p mamak aje.. smpai dia pun malas dah nak ikut.. nak ikut mama aje..


nie aje pic yg mama teringat nak amik.. tu pun pinggan dah licin.. tgk aje la kelicinan pinggan tu ... apa maknanye tu????

Kesimpulannye : Restoran AP nie sedap... kena ngan selera mama ... tapi selera papa x kena.. lagi sambal nye pedas sgt bg mama sekeluarga.. mama mkn smpai menitis air mata la.. mama dah x tahan mkn pedas la... klu nak pg lagi pas nie kena pasti kan ada order mknan yg berkuah sbb baru balance ngan sambal tu..


Wednesday, January 26, 2011

Azim 5,6 n 7 Months

Nampak sgt mama dah lama x update pasal perkembangan Azim Wafiy nie... bkn nye azim nie x d perkembanagn setiap bulan... cuma mama nie yg x perasan rupanye mama x update dlm umah mama nie... kesian azim kan mama wat cam nie... ok la mama minta maaf atas kelalaian mama nie... hari nie mama update 3 bln terus.. tapi byk yg dah lupa.. x p la atleast mama update juga...

Ok nie update 3 bulan punya...
1) Azim skrg dah merangkak... memula nye azim jd askar dulu.. habis seluruh pelosuk dlm umah tu azim siasat... kot2 la ada penganas... mama terpaksa mop umah 2 ari sekali... bukan umah tu itam sgt pun tapi abuk pasir byk... umah tepi jalan mcm tu la gaya nye.. klu dah mnyusur tu bj jgn ckap la... abuk yg penuh kat bj.... memang dasyat la... aktif sgt azim nie... dapat merangkak pun br 3 mggu nie... bl dah merangkak nie mama lega sikit sbb bj just kotor kat lutut aje... hehehe...

 nie lagak ngeri yg azim buat.. merangkak atas meja...

2) dah mula nak berdiri...yang nie mama gerun sikit.. sbb kaki pun x kuat lagi.. tapi dah mula mengapai sana-sini nak berdiri... asal nmpk apa saje la yg blh di paut utk wat azim berdiri... smbl tergoyang2 bdnnye.. paling eksyen sebelah tgn aje tu.. sblh tgn tu duk memggil2 org...


 3) X reti nak duduk lg... yg nie mama pelik sikit... sbb nye azim dah menyusur, dah merangkak, dah berdiri pun.. tapi x reti letak punggung lagi... bl berdiri nak turun tu azim terus letak lutut...

4) dah mula mkn... azim start mkn masa 5 bulan setgh lg... masa tu mama hanya bg makan nestum cerelac beras saja.. tapi sekarang azim dah mkn nestum pelbagai perisa... tp yg sedihnye mama masih x dapat buatkan bekalan bubur utk azim... hari mggu aje azim dpt mkn bubur.. tetapi kekadang mak ramlah ada jg watkan bubur tuk azim... azim mmg jenis yg kuat mkn... sehari 3x.. pastu pantang nmpak org makan msti mulut brurng tu ternganga2... mmg cute masa nie...

 dap nye mama.. nie tgh mkn ptg.. biskut marie cmpur ss sikit...

5) dah pandai berebut brg ngan abg... brg yag di rebut hanya satu... motor kesayangan abg... abg klu pasal motor tu dia mmg kedekut sikit... sapa pun dia x kasi sentuh... tapi rupanye azim pun berminat kat motor abg nie.. so mula la jd perebutan...

 nie la motor yg selalu di rebutkan oeh dua beradik nie
org sll kata perkembangan baby adalah berbeza2.. skrg mama akuinye.. sbb mama sndiri dah tgk perbezaan perkembangan amin n azim.. sbb mereka nie jarak x jauh so perbezaan tu jelas ketara... mcm dr segi perckapan.. amin dr bby smpai sekarang x byk bunyi.. tapi azim dari enam bulan dah bln mengeluarkan patah perkataan.. kekadang ayat tu jeles aje disebutnye.. mcm mama timang azim.. msti akan kuar perkataan "atut"
 
p/s: mengikuti setiap perkembangan anak adalah perkara yg paling bahagia buat mama... walaupun masa mama utk anak2 sgt terhad...

Tuesday, January 25, 2011

2nd time....

nie kali kedua mama menang... sebenar pengumuman pemenang nie dah diwat pd 20 Jan... tapi mama terlepas pandang kot...nasib la penganjur bg comment.. klu x mgkin melepas mama nak wat kan t-shirt amin... hehehe menang t-shirt idaman mama la...



Pemenang Pertama dengan hadiah berupa Felt Tshirt yang mempunya design  dan nama pilihan:
MamaAminAzim
Word: Amin Irfan
Design: Car

tapi bkn pic tu tau.. penganjur kata nnt leh tukar...ikt permintaan mama..

nie la Giveaway yang mama menang... dari http://www.tinihani.com

tq


Wednesday, January 19, 2011

Amin @ new hair......

alkisahnye mama ari isnin tu mama off 2 hour.. sbb ada hal nak p settlekan kat bank.. after dah settle hal mama tu tgk jam awal lg.. so tggu nenek abis soping brg kar kat tesco... mama pun ajak la nenek teman p potong rambut amin nie ha...

sebenarnye sayang sgt nak potong rambut amin nie... rambut amin nie curly kat belakang... sgt sweet tau.... tapi amin asyik tunjuk kat rambut dia yg panjang tu... jadi dr pemahaman org2 yg lebih tua... amin adalah sgt rimas ngan rambut panajngnye itu... klu ikut pemahaman mama amin  nie nak tunjuk rambutnye yg cantik itu... hehehe.. tapi kita ikut pemahaman org tua.. kang kata derhaka plak...

nie la gaya amin ngan rambut terbaru...

 eh... nie adik la... adik masih gaya yg sama.. rambut ala2 askar... skrg pun dah mcm askar aje kang umah tu.. sekelip mata aje dah ilang.. tgk2 dah ada dlm bilik.. pusing lg sekali tgk dah smpai dapur... tu la keje adik skrg... pastu terjerit2 sbb dia rasa dia dah p jauh dr mama... 

 ha.. nie br abg ngan rambut baru nye... nie pun dah rupa askar aje.. tapi mama pggl mat polis la.. sbb adik dah jd askar ..abg jd polis plak... bl dah potong rambut mcm nie br la nmpk pipi nye yg se tambun tu... n muncul la rupanye yg sgt notty boy tu...

 kat belakang tu mama ingat nak simpan.. sekali cina tu p tebas semua.. tggl aje la seciput... setingkat aje curly yg tinggal.... pastu terserlah la telinga nye yg capang gitu... telinga nye mmg potostat telinga papa btl...

 apa mcm??? hensem x sy???... tgk tu muka noty dah kuar... 

 nie la hero2 yg wat mama jd singa setiap hari... hari2 pun mama kena wat latihan vokal...

Tuesday, January 18, 2011

Pagi yang Kelam Kabut...

Dah 2 pagi mama lalui tanpa papa... mmg kelam kabut sungguh la rasanye... walaupun bangun awal.. tapi semua benda mama nak kena wat sendiri...

masuk barang dalam kete.. buka pagar... tutup pintu...angkat 2 hero tu masuk dlm kete... rasa mcm x cukup kaki n tangan aje dah... ari nie mama sampai ke ofis lambat.. kul 8.15am baru sampai...
tu la bl ada papa smua nye mama rasa mudah... semua nye papa settle kan.. bila dah x d mcm nie br rasa nak kelam kabut... 

nasib la papa pg 3 ari aje.. klu 3 bulan agaknye.. maunye mama nie pengsan setiap pagi... 

cepat la papa balik... 

amin n azim dah rindu nie



Friday, January 14, 2011

Sound Tepek....

Semlm dlm kul 10 lbh tu atuk dtg le ke umah antar cucu sorang dia tu...cucu manja dia tu dah siap salam peluk cium semua... masuk le ke umah... mama ada tggu depan pagar tu.. ingat kan dah pas peluk cium semua kat cucu dia... mama ingatkan atuk pun terus nak balik la...

pastu dia matikan enjin moto... mama dah mengantuk tahap gaban dah nie.. haaaa sudah nie mesti ada cite...ok la tnya menghampakan mama pun tggu la atuk bercerita pasal ofis dia.. mcm2 la pasal posmen dia la ,pasal boss dia la... mama pun setia la mendgr..

pastu dia pun buka la cite pasal permohonan mama utk keje kat Pos Malaysia tu... dia dah cite panjang berjela... baru la dia kata permohonan tu di luluskan.. wah hati dah ada sikit berbunga2...

insyaallah awal bln 2 pihak Pos Malaysia akan buat interview..

ok la.. pastu atuk pun start la moto nak balik.. mama pun pusing la belakang nak masuk umah.. sekali dgr atuk sound tepek kat mama smbil press moto antik dia tu...

"Ha apa lagi diet la sikit... badan dah bulat.. apa nnt jadi kerani bulat"

muka mama apalagi terkulat2 la mendgrnye.. papa yg duk berdiri depan pintu dah senyum2 kambing ambil berkata

"papa x cakap apa2 pun... tu abah dah sound pandai2 la fikir ye"

adakah diaorg berdua nie berkomplot??????


Thursday, January 13, 2011

Pagi yang Cerah.....

Pagi  nie mmg cuaca sgt cerah... kul 5.3pg mama dah bgn.. jarang2 sekali berlaku dlm diri mama sejak dah ada aank nie kan...
Pagi nie cerah sbb mendung dah berlalu semlm... semlm mama mendung sikit sebab papa x approvekan proposal mama nak p makan sini...

sedih tau... sebab dah la x approve pastu papa balik lambat plak... mama tung tang tung tang sensorang kat dapur... 

dah tengah2 masak blh plak gas abis... waaaaaaa.. lg tensen.. nsib la sempat masak sup ayam aje... 

 buat la sambal kicap nie utk makan ngan sup ayam...

wat plak sambal belacan nie cicah ngan timun....

ni masak kira tgh merajuk la... hahaha.. blh mcm tu... tp pagi td kul 5.3am dah bgn.. x leh tido dah plak.. nak wat breakfast gas plak x d.. 

 jadinye aktiviti awal pagi mama adalah mop lantai... 

p/s : apa yg kena mengena ngan pagi yg cerah nie.... x d apa2 pun... sbb mood yg mendung semlm dah cerah.. sbb dah lepaskan geram ngan mengmop umah..




Tuesday, January 11, 2011

Pulau Langkawi Day 2

Wahahaha... cite dah basi baru nie mama nak publish... tapi x kisah la.. mama cite nie utk kenangan mama,papa,amin n azim.. mana tau nnt amin n azim dah pandai baca blh la diaorg tu bc.. nnt diaorg tau la diaorg dah smpai ke Pulau Langkawi...

Day 2 adalah aktiviti menjelajah Pulau... Masa tggu ferry kat Kuala Perlis tu Mak Ngah dah booking utk wat Island Hopping... Jd kitorg pakat nak pegi hari ke -2.
awal2 pagi semua dah bgn siap2 sbb nak pegi island hopping tu kul 9 kena tggu kat under water world.

biar gmbar aje la yg bercerita ye.. mama x idea la... otak dah tepu...

 amin dah siap nak ber island hopping.. siap pakai topi pantai lg.. 

 bergambr kat lobby kondo dl semantara tggu kete sewa sampai.. 

ni tgh tggu org yg nak bw kitaorg p island hopping.. tggu kat depan Under Water World.. atuk bg Azim mkn fillet ikan tu.. sungguh2 azim makan benda tu.. apadaaa atuk nie...

tggu org tu lambat sgt sempat buka bekal lg.. sepanjang kat langkawi nie ktorg mmg bw bekal aje ... maklum la duk kat kondo leh masak2kan.. jimat belanja..

ni dah naik boat.. 1st time semua org naik boat laju nie.. gayat sungguh.. mulut nie dah terkumat kamit aje.. nasib la azim sepanjang dlm boat nie tido.. yg amin plak muka dah berkerut2 takut.. nenek lagi la.. dah pening2 kepala.. dr umah dah stanby mkn panadol...

berhnti kat depan gunung yg berbentuk perempuan mengandung.. sebab tempat tu di namakan tasik dayang bunting.. berhenti punya la lama.. dah la berombak.. gayatnyeeee...

nie kat pelantar tasik dayang bunting... org kata klu perempuan yg nak kan anak leh la mandi kat air tasik tu... so mama memula langsung x nak jejak kan kaki kat air tu... takut weiii.. takut terbunting lg...kuikuikui.. mak ngah, pak ngah n mak usu aje yg mandi kat tasik dayang bunting nie.. nak ke palantar nie kena mendaki bukit... 

pastu pulau yg kedua.. pantai pasir basah.. kat panati nie bersih aje la... tgk la si azim nie br 6 bln dah jejak kaki kat pasir.. harap2 cepat la berjalan nye.. kat sini org boat tu berhenti kan ktorg 1 jam lebih.. sempat la mandi laut tu.. tapi mama jg yg x sempat mandi.. rugi btl...

kat pulau nie pun byk penghuni.. punya la byk.. nak buka bekal pun taku.. takut kena sambar.. tapi lapar punya pasal semua mkn cepat2.. pastu cepat tutup.. nnt ada plak yg dtg tumpang mkn...
destinasi ke3 boat tu bw kitorg ke tempat helang landing cr makan.. tapi time ktorg smpai helang x byk.. so gmbar pun x ada la..
lebih kurang kul 3 ktorg dah smpai ke jetty semula.. rasa selamat semua nye sbb akhir nye dpt jejakkan kaki ke tanah... punya la gayat sepanjang duk dlm boat tu.. nasib la amin n azim duk diam aje.. tp azim mcm berani sbb dia kepoh nak tgk kiri kanan lg.. last2nye terlena kena angin laut..
pastu ktorg meneruskan perjlanan ke panatai lg.. alang2 dah basah biar basah teruskan.. sbb mmg kata dy 2 aktiviti pantai..kt ke panatai cenag plak.. tujuan ke pantai nie sbb diaorg nie nak naik banana boat.. tapi mahal la naik banana boat kat langkawi nie..

nie yg paling mama teruja tgk ... air kuar dr pokok kelapa...percaya x?... lastnye semua mandi kat pokok kelapa nie.. bersih2kan badan.. sbb dah melekit2 mandi kat laut tu..

dah ondway balik tu.. sesat plak.. so ternampak la signboard beras terbakar.. kat sini kt soping la segala kain pelikat,kain batik,baju n apa2 aje la yg berkaitan ngan langkawi.. dah abis soping cr kedai mkn plak.. br la memasing terasa lapo.. singgah mkn ringan2 aje dl.. sbb balik umah masak n makan kat umah lg sedap wpun hari2 lauk ikan sardin ngan telur dadar.. tapi sbb mkn reramai ikan sardin pun sodappp...

day 2 abis di beras terbakar... balik umah masak n makan pastu semua lepak kepenatan.. tapi mmg kenangan yg paling berharga la sbb 1st time wat island hopping.. nnt tggu amin n azim dah besar plak nak try wat snrkling plak...

sambung day 3 plak ye....